Lindungi Hasrat Anda, Rancang Masa Depan Waris Anda Bersama Kami
Ramai menangguhkan Penulisan Wasiat kerana beranggapan masih terlalu awal. Namun tanpa wasiat, proses pentadbiran pusaka boleh menjadi beban kepada waris dan mencetuskan pertikaian keluarga.
RAKYAT TRUSTEE BERHAD menawarkan perkhidmatan Penulisan, Penyimpanan dan Perlaksanaan Wasiat yang sah dari segi undang-undang, bertujuan untuk memastikan harta pusaka anda diurus dan diagihkan segera kepada waris yang tercinta selepas kematian.
Dengan berwasiat, anda dapat menyediakan dokumen penting yang mengandungi arahan jelas berkenaan:
- Pelantikan Wasi (Pentadbir Wasiat)
- Penyenaraian Harta, Waris serta Cara Pembahagian (untuk Islam, Pemberian bukan waris tidak lebih 1/3 daripada harta)
- Arahan khusus lain yang anda kehendaki
Konsultasi Wasiat PERCUMA
🚨 Jangan Tangguh Penulisan Wasiat Anda!
RM65 Bilion Harta Pusaka Terkandas – Kerugian Besar Akibat Tiada Perancangan
RM500 Juta
Wang tunai terbeku
RM60 Bilion
Hartanah terkandas
5% Sahaja
Rakyat Malaysia buat wasiat
📌 ADAKAH ANDA SEDAR?
90% daripada RM65 Bilion harta terkandas ini adalah hak milik orang ISLAM, khususnya MELAYU
Harta yang terbiar & beku TIDAK DAPAT MENJANA EKONOMI Ummah & Negara. Para waris juga menghadapi KEBUNTUAN dan BEBAN EMOSI yang berpanjangan.
🏆 Kenapa Pilih Penulisan Wasiat RTB?
🛡️ Patuh Syariah & Undang-Undang
Dokumen wasiat disediakan mengikut ketetapan undang-undang Malaysia serta garis panduan Syariah – sah dan terjamin.
💾 Dokumen Sah, Digital & Dilindungi
Setiap wasiat disemak rapi oleh pasukan pakar, didaftarkan, dan disimpan dengan selamat bagi melindungi hak pewasiat dan waris.
👨💼 Pasukan Profesional & Berpengalaman
Kami terdiri daripada pakar perundangan, Syariah dan pengurusan pusaka dengan pengalaman luas dalam industri amanah dan pewarisan.
💰 Fi Berpatutan & Transparent
Khidmat profesional pada harga yang mampu milik – kerana perancangan harta tidak sepatutnya membebankan.
⚡ Proses Cepat & Efisien
Wasiat siap dalam masa singkat tanpa kompromi kualiti. Urusan dipermudahkan untuk keselesaan anda.
🎯 Sokongan Berterusan
Bimbingan berterusan sehingga urusan selesai. Sokongan untuk waris ketika perlaksanaan wasiat.
🔄 Bagaimana Wasiat Berkuatkuasa?
Wasiat ini akan berkuatkuasa selepas kematian. Wasi atau Pentadbir dan Pemegang Amanah yang dilantik iaitu RTB akan menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan Surat Kuasa iaitu Geran Probet bagi Pentadbiran Pusaka yang Berwasiat.
RTB juga akan melaksanakan Pentadbiran Pusaka simati bermula dengan Pengesahan Aset dan hutang simati, mendapatkan Surat Kuasa, Penyelesaian Hutang Piutang simati sehingga Pembahagian harta mengikut wasiat / hukum/akta.
Apa Kata Pelanggan Wasiat Kami
👥 Siapa Perlu Buat Wasiat?
Semua orang, tidak kira usia atau jumlah harta. Wasiat bukan hanya untuk orang kaya sahaja. Ia penting supaya harta anda kelak akan mudah diurus Pentadbiran Pusaka, diagihkan dengan teratur, efisyen dan mengelakkan perebutan antara waris.
✅ Kelayakan Berwasiat:
- Mencapai umur 18 tahun (21 tahun untuk negeri Sabah)
- Orang sempurna akal (waras)
- Bertindak secara sukarela tanpa paksaan
- Tidak dihalang daripada mengurus hartanya
🎯 Situasi Penting:
- Pemilik hartanah & aset
- Mempunyai anak bawah umur
- Perniagaan keluarga
- Keluarga kompleks (isteri/anak lebih satu)
🔄 Proses Penulisan Wasiat
1. Konsultasi Awal
Perbincangan mengenai harta, waris dan hasrat pewasiat. Nasihat percuma tanpa sebarang bayaran.
2. Penyediaan Dokumen
Wasiat disediakan mengikut keperluan syarie dan undang-undang. Semakan teliti oleh pakar.
3. Pelaksanaan Wasiat
Penandatanganan wasiat dengan saksi yang sesuai. Pendaftaran dan penyimpanan dokumen selamat.
4. Sokongan Berterusan
Bimbingan untuk waris ketika perlaksanaan wasiat. Kemaskini wasiat jika diperlukan.
⚠️ Risiko Tanpa Wasiat
Risiko Melantik Wasi Individu vs Kelebihan RTB
Risiko Utama Wasi Individu:
- 🚨 Meninggal Dunia Awal - Wasi mungkin meninggal sebelum pewasiat
- 📚 Kurang Pengalaman - Tiada pengetahuan urusan pusaka rumit
- 🤝 Isu Amanah & Integriti - Risiko ketidakamanahan
- ❌ Enggan Bertindak - Wasi boleh tolak tanggungjawab
✅ Solusi Lebih Selamat: Wasi Rakyat Trustee Berhad
- 🛡️ Urusan pusaka dijamin profesional & telus
- 📄 Dokumen & harta dilindungi undang-undang
- ⚡ Proses lebih cepat & tidak membebankan waris
- 🎯 Pasti bertindak - waris anda dilindungi
🎯 Kelebihan Utama Berwasiat
Pelantikan Wasi
Pilih Pentadbir & Pemegang Amanah dalam Wasiat
Proses Cepat
Mempercepatkan pentadbiran pusaka
Elak Konflik
Mengelakkan pergaduhan antara waris
Dokumentasi Sah
Hasrat disampaikan melalui dokumentasi undang-undang
❓ Soalan Lazim Wasiat
Wasiat vs Hibah - Apa Bezanya?
Wasiat: Berkuat kuasa selepas kematian
Hibah: Pemberian berkuatkuasa semasa hidup
Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian untuk melindungi waris.
Bolehkah Wasiat Diubah?
Ya! Wasiat boleh diubah atau dikemaskini pada bila-bila masa selagi pewasiat masih hidup dan waras. Fleksibiliti penuh untuk perubahan harta atau keluarga.
Apa Itu Wasi Wasiat?
Wasi adalah organisasi/individu yang dilantik oleh Pewasiat semasa hidup (Rakyat Trustee Berhad) sebagai Pentadbir dan Pemegang Amanah untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya.
Berapa Lama Wasiat Sah?
Wasiat sah selama pewasiat masih hidup dan tidak dibatalkan. Ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat.
🚀 Sedia Lindungi Waris Anda?
Konsultasi Wasiat PERCUMA
Jangan tanggug perancangan wasiat anda. Mulakan perbincangan PERCUMA dengan pakar wasiat kami hari ini.
Konsultasi 30 minit + Semakan awal untuk semua servis! Dapatkan nilaian profesional tanpa sebarang bayaran.